Friday, June 19, 2009

Arak? Apa Yang Orang Islam Dah Buat???!!

Bertemu kembali dalam artikel yang memaparkan satu isu yang penulis rasa bukanlah satu perkara baru di negara kita. Tidak lain dan tidak bukan adalah mengenai isu pengharaman arak. Ramai orang memandang arak satu perkara kecil. Sebab pandangan begitulah anak muda kita terjebak dalam kancah pengharaman arak ini. Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Wahai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. ( 5 : 90 )



Memang ketika mana zaman jahiliyyah, iaitu zaman rasulullah SAW belum lagi wujud pengharaman arak. Memang ada kisah disebalik itu. Daripada pencegahan arak ke dalam solat sehinggalah apabila Allah SWT menurunkan ayat tersebut, maka Nabi Muhammad SAW menyampaikan tentang pengharaman secara keseluruhan. Namun sehingga kini 2009 menjelang, pemahaman tentang haramnya arak masih belum diketahui umum.
Apa buktinya ?

Mungkin ada di antara anda sering mengunjunginya pasaraya bukan? Tidak kiralah besar atau pun kecil. Baiklah penulis skopkan kepada pasaraya mini sahaja. Sebagai bukti yang telah diketahui umum, pasaranya Seven Eleven sering menjadi bualan hangat kerana menjual arak kepada orang ramai.
Bukankah penjualan Arak di Malaysia dibolehkan dengan syarat mendapat lesen?

Itu sudah semestinya. Tetapi bukan isu itu yang ingin dibangkitkan. Ini adalah soal maruah Islam. Sedar atau tidak sedar, orang Islam mudah tertipu. Kurangnya pengetahuan agama menyebabkan kita tertindas. Perhatikan gambar di bawah ini. Penjual wanita Islam lengkap bertudung menjadi cashier.






Jadi apakah pandangan anda sebagai orang Islam? Adakah anda tahu bahawa menjual arak turut mendapat tempias dari dosa? ”Kami bukan jual, kami hanya uruskan penjualan”

Subhanallah. Dalam hadith ada menyebut : Setelah turunnya ayat 5 Surah Al-Ma’idah seperti yang penulis sebutkan di atas ini, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, barangsiapa yang sampai kepadanya ayat ini, dan padanya masih terdapat arak, janganlah dia meminumnya, dan jangan menjualnya, berkata perawi hadis ini (Abu Said) maka orang ramai pun mengeluarkan mana-mana arak yang ada pada mereka lalu menuangkannya di jalan-jalan di Madinah”.

b) Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ibnu Omar, Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Telah dilaknat arak, meminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memperosesnya dan pemakan harganya (wang hasil pemulangan arak).

Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram.

c) Hadis riwayat al-Humaidi mengenai hukum haram menghadiahkan arak kepada orang kafir.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa seorang lelaki pernah menghadiahkan sebekas arak kepada Nabi S.A.W kemudian ia menghadiahkan kepada beliau selama setahun, padahal arak sudah diharamkan maka Nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya arak telah diharamkan “lelaki itu bertanya : Bagaimana kalau saya menjual?

Baginda bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya arak telah diharamkan “lelaki itu bertanya “Bagaimana kalau saya menjualnya? Baginda bersabda : “Sesungguhnya minuman yang diharamkan meminumnya haram menjualnya, orang itu bertanya lagi “Bagaimana kalau aku berikan sebagai hadiah kepada orang Yahudi?, Nabi S.A.W bersabda “Sesungguhnya yang mengharamkan (Allah) mengharamkan juga pemberian kepada orang-orang Yahudi”, lelaki itu bertanya lagi “Apa yang harus saya lakukan?, Sabda Rasulullah S.A.W “Tuangkanlah di al-Battha”.
Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Rasulullah melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan: Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantar arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak”. (riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi) .


Untuk lebih memahami lagi :

Rasulullah SAW melaknat tentang arak pada sepuluh golongan iaitu :

1.Yang memerahnya.
2.Orang yang meminta diperahkan.
3.Orang yang meminum.
4.Orang yang membawa
5.Orang yang minta dihantarkan kepadanya.
6.Orang yang menuang.
7.Orang yang menjual
8.Orang yang makan harganya.
9.Orang yang membelinya.
10.Orang yang minta dibeli untuknya.

(Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Semua golongan ini dianggap bersubahat dalam penggunan arak yang diharamkan.Jadi dari segi hukum berdosa dan bersubahat...

Jadi, apabila kita ingin mencari sesuatu pekerjaan, pastikan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada anda semua kerana sudi bertandang ke blog Peneraju Ummah. Blog ini mula dilancarkan pada hari Sabtu bertarikh 20 Jun 2009.

Diharapkan anda semua dapat berkongsi pendapat bersama PENERAJU UMMAH.

myyasim[at]gmail.com

[at] ditukarkan kepada @